TERMA & SYARAT
Program Qurban โ KONSORMAS
Lokasi Sembelihan: Lenggeng, Negeri Sembilan
- Menempah haiwan dengan jenis, anggaran berat dan harga seperti yang ditetapkan dalam borang pendaftaran Konsormas
- Lokasi penyembelihan haiwan Qurban adalah di Lenggeng, Negeri Sembilan.
- Mewakilkan KONSORMAS untuk menguruskan proses pengambilan (qabadh) dan penyembelihan haiwan Qurban secara mutlak.
- Para peserta mestilah mendaftar melalui platform Qurban yang disahkan oleh KONSORMAS.
- Pendaftaran hanya akan disahkan setelah menerima bayaran penuh.
- Haiwan korban yang dibekalkan mestilah dalam keadaan sihat sempurna dan tidak cacat.
- Berat purata haiwan korban adalah 200 kg.
- Sekiranya haiwan korban mati sebelum tiba waktu sembelihan, pihak KONSORMAS akan menggantikan dengan haiwan korban baru dengan berat yang sama.
- Sekiranya tidak dapat dilakukan di lokasi yang dinyatakan di atas, pihak KONSORMAS berhak menukar lokasi penyembelihan bagi pihak peserta dengan nilai yang sama.
- KONSORMAS akan memberikan e-sijil dan bukti video penyembelihan haiwan Qurban dalam tempoh 2 minggu selepas penyembelihan selesai dilakukan.
- Semua daging korban sejuk beku akan diagihkan kepada para peserta, asnaf dan orang ramai melalui JK Masjid dalam tempoh 1 bulan dari tarikh sembelihan.
- Sekiranya ingin membatalkan urusan pewakilan kepada KONSORMAS, segala kos pengurusan, perjalanan dan risiko penerimaan haiwan Qurban adalah di bawah tanggungjawab peserta sendiri.
- Sebarang pembatalan penyertaan dalam tempoh kurang dari 5 hari dari tarikh Hari Raya Aidiladha akan menyebabkan tiada sebarang pemulangan wang dibuat.
Terima kasih kerana memilih KONSORMAS.